Selamat Berpuase Semua .. =)
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
- Puasa merupakan salah satu sebab turunnya ampunan dan curahan pahala
- Puasa merupakan salah satu sebab untuk menyelamatkan diri dari seksaan api neraka
- Puasa merupakan salah satu sebab untuk masuk ke dalam syurga
- Puasa merupakan sebuah amalan yang sangat istimewa yang disandarkan Allah kepada diri-Nya
- Puasa merupakan benteng dari perbuatan jelek
- Puasa akan mendatangkan kegembiraan di hati orang yang beriman; yaitu di dunia ketika dia berbuka/berhari raya dan di akhirat ketika berjumpa dengan Allah dengan membawa amalannya.



No comments:
Post a Comment